Showing posts with label Ella. Show all posts
Showing posts with label Ella. Show all posts

Rama-Rama - Ella

Seumpama rama-rama  
terbang bebas di udara  
tanpa ada halangan  
aman damai suka-suka  
riang ria tanpa ada  
rasa duka sengketa  
rama-rama…  

Ekspresi diri mu menawan hati ku  
ingin aku terbang bersama mu  
melihat kerenah melihat telatah  
manusia yang sering telagah  

Ekspidisi ini
bagai tiada henti  
kan menjadi antologi diri  
terhentilah mimpi terhapuslah sepi  
sanubari yang lebih berani  

Terminal yang pasti satu
fitrah hati  
kerana yang sejati tiada kekal lagi  
terbanglah ke sini mencari abadi  
terbanglah ke mari mencari hakiki  

Seumpama rama-rama  
melewati panorama  
yang penuh warna-warni  
taman bunga taman damai  
dengan aksi lincah  
berputik hidup yang harmoni  
rama-rama...

Teruja - Ella

Selepas tangis  
Ilham pun mengintai  
Melontar kata  
Buat aku terfikir  

Selepas hujan  
Hari nampak berseri  
Menggilap cermin hidup  
Buat aku sedar  

Harus bangkit semula  
Sampai hatimu memandangmu (Teruja)  
Baru kau tahu tinggi langit  
Dicabar cinta (Teruja)  

Belaian angin  
Bisa jadi ribut  
Halus budi wanita  
Bisa jadi keras  

Bagai gelora  
Merubah sempadan  
Aku merintis  
Dunia baru

about diz blog....

  • ♫ officially created on 07.02.2010 ♫
  • ♫ all about my fav song ♫
  • ♫ about my life d'sebalik lagu ♫
  • ♫ about lagu d'sebalik my life... eh apakanz hehe ♫
  • ♫ about lagu be'hantu' dlm hidup ku jua hehe ♫
  • ♫ and about kisah2 lama, buh!! hehe ♫